Arang Aktif Nucifera

BAGAIMANA ARANG AKTIF BERFUNGSI?

Jika anda ingin memutihkan gigi anda, perkara terakhir yang anda akan fikir adalah menggunakan arang untuk mencapai objektif itu. Anda akan melihat orang-orang memberus gigi mereka sehingga hitam legam menggunakan arang.Ia sebenarnya bukan lah arang biasa tetapi Arang Aktif yang mempunyai kuasa menyerap kotoran secara semlajadi. Sebab itu, Arang Aktif ini sangat baik dan berkesan untuk membersihkan gigi anda dari plak, kafein dan rokok dengan mudah tanpa menghakis.

Ia mungkin nampak pelik, tetapi Arang Aktif sebagai pemutih gigi amat berkesan dalam memberikan anda senyuman yang menawan. Arang Aktif ini berbentuk serbuk yang sangat halus, tawar, tidak berbau, selamat digunakan. Malahan kini, Arang Aktif digunakan sebagai penawar untuk keracunan, teutamanya keracunan makanan.

Pemutih gigi + Penyahtoksid

Arang Aktif tidak hanya memutihkan dan membersihkan gigi anda tetapi ia juga membuang toksin di dalam mulut anda. Apabila anda memberus gigi menggunakan Arang Aktif, ia menyerap toksin yang berada pada permukaan gigi anda. Jika tertelan semasa memberus gigi, anda tidak perlu risau kerana ia akan terus ke usus. Ianya baik untuk anda kerana ia akan menarik toksin dan bahan kimia di dalam usus dan disingkirkan melalui sistem pencernaan anda.

Gunalah Arang aktif!

Sebelum anda menggunakan Arang Aktif, anda harus sedar bahawa Arang Aktif ini tidak sama seperti arang biasa. Arang Aktif ini direka khusus untuk kegunaan perubatan. Arang Aktif ini diproses daripada kulit tempurung kelapa yang dibakar secara terkawal dengan suhu yang teramat panas tanpa sebarang oksigen. Pembakaran tanpa oksigen ini membuka liang-liang pori arang dan menjadikan ianya arang yang mempunyai kuasa penyerapan yang hebat dan bukan menghakis. Kehalusan Arang Aktif ini sehingga  200 mesh ( macam tepung ), selasa di gusi dan lembut di gigi.

Hanya berus gigi dengan menggunakan Arang Aktif dan dibiarkan selama 2 minit pada waktu pagi & malam untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.